Saya, si penat. -part II
24.05.2026
—Si penat, yang bersyukur apa adanya.
D-day pulang, tapi sempat lagi ke tamu minggu buat kali terakhir kononnya. rutin mingguan tiap kali ahad yang pastinya dirindu—singgah air buko, cari laksa, tiga ketul tart cheese, burger crispy, menyempat jus tembikai, & hunting buah yang terwajib hshshs (checklist sama yang ndakan bosan). makan pula di tepi laut, mungkin la pokoknya yang bosan selalu nampak muka yang sama😂 sudah tu, singgah lagi library sampai hafal sudah pakcik guard dengan muka yang ini.
but that day,, tujuan utamanya mahu ke masjid hantar barang & jumpa makcik, for the last time. makcik baik, yang asal bercerita mesti air matanya ikut mengalir. “InsyaAllah di syurga nanti Allah kurniakan makcik zuriat, ya..” doa saya bila makcik cerita tentang kisahnya🥹 Moga Allah lindungi makcik yang selalu di dalam ingatan tiap kali teringat masjid kauthar🤍
baru pukul 10 pagi sebenarnya, tapi hati sudah berat mahu pulang asrama. kenapa? obviously belum siap kemas baraangg~ laut pun nda mampu menenangkan kegusaran jiwa yang bergelora hahaha.
duduk seat belakang, pakcik di sebelah yang turun tiba-tiba tanya balik mana. “balung”, kata saya. rupanya mahu bayarkan sekali. menolak sudah tentu, tapi pakcik bayarkan juga.. padahal jauh lagi sampai ipg🥹 entah kenapa, seolah Tuhan memutar kembali kisah sama untuk yang terakhir kalinya, di bumi Tawau.
ya. seorang pakcik juga, dan kata-katanya dulu masih segar dalam ingatan.
“dakpa, duit boleh dicari, tapi hubungan sesama manusia tu yang susah.”
mungkin teringatkan anak atau cucunya, fikir saya waktu itu. padahal sebetulnya ada hal tersirat yang ingin Tuhan sampaikan.
syukur.
untuk segala pertemuan dan hal-hal baik, yang pastinya Tuhan titipkan berhikmah.
naik tangga, sampai pintu bilik, terus teringat pula, ‘eh…tadi nda tutup rapat ka pintu?’ ingatan sudah hilang dari radar. masuk-masuk ja, terus ternampak 4 ketul baby meow tidur atas kain~ mama meow? di atas katil terus terbangun nampak diri ini sampai. hahaha. terkejut rasa. selama ni di bawah ja anaknya. tiba-tiba harini di bilik, macam bikin farewell ja si meow😭 nda pernah-pernah ba baby nya naik. dia sendiri pun selama ni nda pernah berani masuk bilik, cuma tunggu depan pintu.
bila teringat semula, bersyukurnya rasa. selalu terfikir bila tengok 4 ketul tu, sebab nda la sudah meow sunyi lepasni🥺 si meow yang pernah menjadi kerisauan. peneman diri dari zaman dia comel, sakit-sakit, sampailah sekarang sudah ada little ones.
si meow yang kenal even cuma terdengar tapak kaki ni turun bawah, terus datang berlari sebab tahu itu siapa. peneman sidai baju, masuk bilik air, cuci muka. di sana lah juga dia tunggu sampai siap. kadang boleh tertidur dia tunggu depan pintu🥺 kawan tengok bintang depan bilik masa teda letrik, yang suka ikut pergi mana-mana sampailah kafe masa beli makanan. dia tempat.. selalu minta tolong doakan juga. (ya,memang saya begini.)
“meow, doakan aku dan orang-orang yang aku sayang tau.”, walaupun ofc si meow cuma pandang kita masa cerita macam tu.
pernah sekali, si meow terasa hati masa diri ni pegang baby meow lain depan dia. masatu tengah angkat, puji meow kecil sebab comel,, dan tiba-tiba dia lari. bila kejar, tanya pergi mana, makin dia lari, langsung nda pusing belakang. asal mau pegang, laju ja dia mengelak. dan marah. masih ingat masatu berkali-kali juga minta maaf masa kejar dia😂 esoknya ada lagi ternampak di bawah, tiba-tiba esoknya lagi sekali dia hilang. dekat seminggu cari, tapi tiada juga di asrama. sampai bagitau yang lain ada ternampak dia atau tidak😭
minggu depannya, ada kawan snap kata nampak meow termenung pandang pintu depan asrama, dengan dirinya yang rabak. terus minta tolong bawa masuk dan diri ni pun cepat-cepat turun bawah. panggil-panggil sebab nda nampak kelibat, meow datang dengan suara yang lemah. terkejutnya tengok meow jadi kurus betul, ndatau di mana hilangnya selama ni😭 bagi makanan, ndamau makan. padahal ayam yang dia paling suka sudah tu. lama-lama baru tersedar yang dia rasa sakit mahu telan makanan.
“meowww aku minta maaf”, balik-balik kata sambil peluk. berjalan pun dia susah..entah apa yang terjadi. tapi bersyukur sangat Allah makbulkan doa si meow selamat🥺 setiap hari terganggu fikiran, risau, dan… ya,, terus terimbau kembali memori yang membawa emosi sama seperti ini, yang dulunya pernah saya rasa juga. yang hanya doa, perantara. dan hanya Tuhan, tahu.
masih saya ingat juga. tiap malam lepak dengan si meow di atas riba. si meow yang waktu itu orang bilang, tengah sekarat, dengan bulunya yang banyak tercabut, sampai fikiran nda bagus pun hinggap sudah di kepala. carik ayam kecil-kecil, suap dia sambil menangis. baca apa yang patut, dan selebihnya hanya mampu mengharapkan miracle dari-Nya.
kasih sayang Allah itu besar. bahkan dengan binatang sekalipun. Allah izinkan meow sembuh, walaupun perlahan. sekarang? jangankan apa, naik tangga pun pecut laju teda brek, mahu tunjuk yang dia sudah mampu hahaha. Alhamdulillah.
waktu cuti tu pula risau sebab si meow ni memilih makanan, nda pandai makan kibbles yang keras tu.. sedangkan itu saja yang ada bila semua orang balik. dengan keadaannya lagi yang memang nda boleh telan yang keras.. jadi doa saya waktu itu cuma, “Ya Rabb izinkan meow tetap rasa kenyang dengan kuasa-Mu”🥹
meow baik, yang ikut turun naik tangga, menemani diri ini yang tengah struggle bawa turun barang~ yang sebelumnya rasa nda mampu sebab masih sakit, tapi Allah dengan cara-Nya yang pelbagai bentuk, permudahkan semuanya untuk saya. dengan doa sama yang berulang, “Ya Allah aku nda mampu.. Tapi Engkau lah yang memampukanku.”
“kita jumpa di syurga lagi nanti ya, meow sayang.” kata akhir saya sebelum tinggalkan asrama, yang pastinya akan berbekas lama di dalam hati. Moga Allah titipkan insan-insan baik di samping meow ke depannya.. doa saya sentiasa.~
sampai sudah di stesen, berbaris pakcik maxim susunkan barang. lucunya rasa. terkejut sekejap, memang banyak ini yang saya bawa?? padahal tujuh bakul sudah tinggalkan bagi orang. betul lah kata diorang. kalau bawa naik flight, mungkin 100kg juga kali baggage perlu tambah, haha. padahal sendiri yang berkeras dulu kata mahu naik flight, nda sedar diri barang banyak, dan terlupa.. ada pokok bungaku tersayang yang perlu diselamatkan juga. demimu.. sangguplah ku naik bas😭 yang lain laju saja mengemas tiap malam lepas program. ada juga yang sempat pos barang minggu last tu supaya senang. diri ini? malamnya memang paling awal suda hilang lepas makan ubat.
hal merungsingkan bila banyak barang? ya, susah mahu bergerak ke sana dan ke sini. solat apatah lagi. jauh jaraknya. tapi saya tahu, Allah sebaik-baik pelindung. pergi solat saja, sebab banyak juga yang sudah sedia letak barang masing-masing di depan parkir bas. jadi tiada yang perlu dirisaukan. :)
selesai jamak qasar, datang duduk semula depan barang-barang tadi. tengah makan bubur, ada seorang kakak datang bertanya, dan duduk di sebelah. rupanya pulang ke bft juga, sambut aidiladha di tempat kakaknya. dunia terasa kecil, ingatkan cuma turun kk saja. dan.. sama-sama ketawa bila masuk cerita pasal barang saya yang banyak, hahaha.
dalam bas, selalunya mata terbuka luas pandang luar tingkap walaupun malam. tapi kali ini memang hilang dari radar, jadinya terasa cepat ja sampai. penat angkat barang, dengan keadaan yang belum pulih sangat asbabnya. tapi geram kepala asyik terhantuk di bahagian tepi tajam jadinya terbangun sebab rasa sakit hahaha.
bila sampai, otak cuba berfungsi balik fikir macamana mahu atur barang. sekejap lagi azan subuh, mata masih tercari-cari tempat selamat. tapi waktu tu, cukuplah dulu ada tempat yang kosong untuk letak barang dan duduk. sudah jumpa, ulang-alik letak barang, tapi tiba-tiba terasa nda strategik la pula tempatnya. hahaha. banyak lelaki, walaupun pakcik-pakcik semuanya. tengok belah hujung sana, ya, ada seorang makcik dan tempat kosong. masih menunggu kaunter buka, katanya mahu pulang sandakan. saya dengan barang yang banyak, terus minta tolong makcik untuk tengokkan sekejap sebab mahu solat. terima kasih makcik😭 tapi nya, yang jadi dilema lagi bila teringat phone nda banyak cas. eh tiba-tiba kosong restoran yang ada tempat charge paling hujung tu. nda fikir panjang, terus cop meja padahal niat mahu bersihkan diri ja tujuan ke sana.
terima kasih makcik restoran yang baik :)) tolong tengokkan barang siap tutupkan roti telur & teh tarik saya lagi. “cas saja telefonmu sana, letak ja barangmu di sana, tiada apa juga tu.” katanya sebelum saya pergi surau.
berfikir saya, ndakan mahu bawa kotak printer dalam restoran. habis ruang meja tu nanti saya yang ambil hahaha. pergi tempat makcik sandakan tadi, tengok dia masih tunggu kaunter buka. saya tolong cakapkan, pekerja nya kata tiket bas habis, tinggal yang van saja. kesian makcik tunggu lama, terus saya kata ambil saja yang van sebab seat yang kosong pun memang nda banyak. dia telefon anaknya dulu, patut ikut atau tidak.
balik dari surau, ternampak kakak yang balik bft rupanya masih di sana tengah duduk. sempat berhenti bercerita dengan dia, ternyata sama diambil lewat sedikit. haha. kakak baikk,, yang terus tanya mana barang-barang saya😂 masatu memang tengah berfikir macamana sudah dengan kehidupan sebab ada barang yang di restoran, ada barang di tempat makcik yang sandakan lagi. makcik yang di sana tu pun memang tengah busy bertelefon lagi jadi saya perlu ambil barang yang di sana. tapi belum sempat saya tanya, terus kakak baik kata bawa sini semuanya biar dia jagakan. “pergi sarapan dulu, cas phone mu, kakak sudah makan juga tadi.” 🥹
Benar lah. ke mana pun kaki melangkah, kita sebenarnya tidak benar-benar sendirian. akan sentiasa ada hal-hal baik, orang-orang baik yang Allah titipkan, selagi mana kita percaya dan bergantung harap hanya pada-Nya. Ya, tanpa Tuhan, saya tidak akan pernah mampu :/
sekian perjalanan pulang berjihad kerana pendidikan. yang selama ini ulang-alik terasa mudah dan dekat dengan flight, Allah izinkan diri merasa seperti ini di penghujung cerita, berakhir menjadi kenangan manis. yang pastinya bermakna dan penuh pengajaran. yang penuh hikmah dan cerita-cerita baik yang mendewasakan.
—Si penat, yang baru muncul balik setelah habis qadha rehat. ditambah lagi terlayan pula unnecessary thoughts yang mengusik jiwa raga, dan.. saat ini juga.. sedang meratapi hilangnya referral letter hosp yang saya kira selama ini selamat dalam penjagaan🙂↕️ haih, mujur lah pernah snap gambar surat masa last appoinment tahun lalu. pasti ada hikmahnya, cuma saja saya takut Dr suruh ulang prosedur yang selama tiga tahun ni sudah pernah buat.. doakan saya😭
sebenarnya banyak yang direfleksikan, lately. sekarang ini pun juga tengah..
‘trying to piece myself back together’,
yang rasa perlu untuk fill my cup, fix myself & obviously rehat dari segala apa, socmed etc~
dan.. sekali lagi,
saat ini,
tanpaMu,
diriku sememangnya tidak akan pernah mampu,
ya Rabb.
till then.
[ Jumaat terakhir, 1447]
Comments
Post a Comment