“Realiti tanggapan dunia”
Menunduk bukanlah tidak ramah,
tetapi memelihara diri dengan perisai haya’.
Menjaga batas bukanlah sombong,
melainkan usaha meneladani wanita penghulu syurga.
Lihatlah Tarim — bagaimana pula kita detik ini?
Menunduk tidak pernah menghilangkan jodoh,
kerana yang tertulis tetap akan Allah datangkan
dengan cara yang baik.
Pilihan terbaik Allah,
yang Allah redai jalannya.
Kita sedari atau tidak,
haram tidak akan pernah bertukar halal.
Meski diputarbelitkan,
meski dalam kepura-puraan,
meski dinormalisasikan.
Dan jikapun dikurniakan rasa,
Tuhan tempat pergantungan harap selayaknya.
Lihatlah Sayidatina Fatimah,
contoh terpuji, teladan terbaik.
Bukankah Dia yang akhirnya mengatur jalan?
Meski sekadar melangitkan doa yang sama tanpa jeda,
tetap meyakini bahawa ia tidak akan berujung sia-sia.
-not really my two cents, but.. sekian reflection hari ini. ;)
Comments
Post a Comment