Tentang syukur


Syukur.

Allah melindungi kita dengan cara yang tidak terduga,
dalam diam yang tidak pernah kita sedari.


Syukur.

Dia mengalirkan rezeki dari arah yang tidak disangka,
tanpa perlu kita memaksa takdir tunduk pada kehendak sendiri.


Syukur.

Dia masih mengizinkan nafas ini singgah di dada,
melanjutkan hidup — seperti biasa — hingga ke detik ini.


Pernahkah akal bertanya,
apakah tujuan hakiki sebuah kewujudan?

Kita ketahui — hidup ini adalah medan ibadah. 
namun persoalannya…

mengapa?


“Aku inginkan syurga.”
“Aku takutkan azab neraka.”


Agar merasa aman.
Agar dijauhkan daripada sengsara.

Intinya —
keinginan menyelamatkan diri.


Namun ada satu hakikat yang sering terlepas dari genggaman sedar.


Dia —
yang sesungguhnya lebih berharga
daripada segala kenikmatan yang mampu dijangkau fikiran.


Bukankah ibadah kita tertuju kepada-Nya,
kerana kita hanyalah hamba?

Bukankah reda-Nya yang kita dambakan —
meski sekelumit —
biarlah ia terselit ke setiap langkah,
setiap laku,
setiap perjalanan hidup yang sementara ini.


Agar kelak…

kita layak menyaksikan sebenar-benar nikmat.

Agar pada akhirnya…

kita diperkenankan untuk

menatap-Nya.


Dia yang memeluk kuat tika diri hampir rebah.

Dia yang menggenggam erat dengan cinta kasih-Nya.
Dia yang mendengar setiap rintih meski tidak terlafaz.


Dia yang…
menanti dalam kehangatan,

membuka ruang dan peluang taubat,
bahkan ketika diri sendiri sudah tidak lagi berdaya memaafkan.


Jika sesama insan saja kita rindukan kerana jarak,
bagaimana pula dengan Tuhan?


Yang hanya…

mampu kita tatap di syurga,

berbekal harapan dipermudah kita raih. ;(

Comments

Popular posts from this blog

“Realiti tanggapan dunia”

Penat, ya Rabb.