Posts

Showing posts from June, 2026

Redintegra; Ritorno a Me

Tuhan itu maha baik, kan? sesekali diuji merasa hilang arah, hilang diri, dan lelah dengan kehidupan dunia. namun dalam kekosongan dan kesunyian itu, langkah dituntun menuju hal-hal baik yang sebelumnya masih menjadi tanda tanya. merasakan sedemikian tidak pula bermaksud hilangnya taqwa, namun sedikit cuitan Tuhan untuk dipersiapkan menjadi hamba yang lebih kuat kebergantungan kepada-Nya. sebagaimana diujinya nabi dan rasul. jika hari ini masih lelah, dan belum sembuh sepenuhnya, janji Tuhan terlalulah indah untuk terus berlarut dalam keputusasaan. mungkin nyatanya masih merasa rapuh, namun penjagaan Tuhan itu sentiasa ada, dan tidak akan pernah menghilang. “janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.”   (39:53) menuju kepada diri sendiri juga bukanlah perjalanan yang mudah, namun kita pasti akan menemui versi diri yang lebih utuh setelahnya.  — ci arriveremo ;)

Saya, si penat. -part II

24.05.2026 —Si penat, yang bersyukur apa adanya.   D-day pulang, tapi sempat lagi ke tamu minggu buat kali terakhir kononnya. rutin mingguan tiap kali ahad yang pastinya dirindu—singgah air buko, cari laksa, tiga ketul tart cheese, burger crispy, menyempat jus tembikai, & hunting buah yang terwajib hshshs (checklist sama yang ndakan bosan). makan pula di tepi laut, mungkin la pokoknya yang bosan selalu nampak muka yang sama😂 sudah tu, singgah lagi library sampai hafal sudah pakcik guard dengan muka yang ini.  but that day,, tujuan utamanya mahu ke masjid hantar barang & jumpa makcik, for the last time. makcik baik, yang asal bercerita mesti air matanya ikut mengalir. “InsyaAllah di syurga nanti Allah kurniakan makcik zuriat, ya..” doa saya bila makcik cerita tentang kisahnya🥹 Moga Allah lindungi makcik yang selalu di dalam ingatan tiap kali teringat masjid kauthar🤍 baru pukul 10 pagi sebenarnya, tapi hati sudah berat mahu pulang asrama. kenapa? obviously belum siap...