Tentang syukur
Syukur. Allah melindungi kita dengan cara yang tidak terduga, dalam diam yang tidak pernah kita sedari. Syukur. Dia mengalirkan rezeki dari arah yang tidak disangka, tanpa perlu kita memaksa takdir tunduk pada kehendak sendiri. Syukur. Dia masih mengizinkan nafas ini singgah di dada, melanjutkan hidup — seperti biasa — hingga ke detik ini. Pernahkah akal bertanya, apakah tujuan hakiki sebuah kewujudan? Kita ketahui — hidup ini adalah medan ibadah. namun persoalannya… mengapa? “Aku inginkan syurga.” “Aku takutkan azab neraka.” Agar merasa aman. Agar dijauhkan daripada sengsara. Intinya — keinginan menyelamatkan diri. Namun ada satu hakikat yang sering terlepas dari genggaman sedar. Dia — yang sesungguhnya lebih berharga daripada segala kenikmatan yang mampu dijangkau fikiran. Bukankah ibadah kita tertuju kepada-Nya, kerana kita hanyalah hamba? Bukankah reda-Nya yang kita dambakan — meski sekelumit — biarlah ia terselit ke setiap langkah, setiap laku, setiap perjalanan hidup yang se...